KEAJAIBAN SERBUK KULIT KAYU MANIS & MADU
Keajaiban campuran madu dan serbuk kayu manis telah diketahui sejak beratus tahun yang lalu; mempunyai kuasa pentembuh yang hebat. Sejarah menyebut, campuran 2 bahan ini telah digunakan di seluruh pelusuk dunia untuk tujuan perubatan yang berbeza.
Untuk memastikan kebenarannya, saya juga mengamalkan herba ini sebagai campuran utama minuman harian saya. Cuma, kita kena banyak susuli dengan minum air kosong kerana ia agak panas. SELAMAT MENCUBA!!!
Berikut antara kehebatan campuran 2 bahan ajaib ini:
1. Untuk mengatasi kerengsaan/alahan kulit/lenguh-lenguh badan:
Caranya:
Campurkan satu sudu besar madu dengan 2 sudu besar air serta 1 sudu kecil serbuk kayu manis. Campuran ini kemudiannya diurut/disapukan ke bahagian badan yang mengalami kerengsaan/lenguh-lenguh. Kesakitan akan hilang dalam tempoh 15 minit, insya Allah.
2. Untuk mengatasi keguguran rambut:
Caranya:
Campurkan 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan 5 sudu besar minyak zaitun (yang telah dipanaskan terlebih dahulu). Apabila telah sejuk, boleh disapukan di kepala, dibiarkan lebih kurang 15 minit. Setelah itu boleh cuci rambut dengan air suam. Sila amalkan, moga anda mendapat manfaatnya.
Caranya:
Campurkan sesudu teh serbuk kayu manis dengan 5 sudud teh madu. Kemudian disapukan pada gigi yang sakit, sebanyak 3 kali sehari. InsyaAllah sakit akan berkurangan dalam tempoh 15 minit, ajaib kannn!!!
4. Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
Caranya:
Ambil 2 sudu teh madu, 3 sudu teh serbuk kayu manis dan dicampurkan dengan 16 auns serbuk teh. Kemudian dibancuh dengan air suam, tapis dan diberikan kepada pesakit. Air herba ini mampu mengurangkan anggaran 10% kolestrol dalam badan dalam tempoh 2 jam.